Tuesday, November 10, 2009

Ini hidup saya.

Kadang-kadang orang tak tahu saya sedang sedih. Orang akan lihat saya ketawa dan gembira setiap hari yang saya lalui. Tapi dalam hati, tak ada seorang pun yang tahu. Saya menangis sendiri dan saya ketawa sendiri. Semuanya sendiri dan saya tak perlukan orang lain. Betul ke saya tak memerlukan orang lain dalam hidup saya? Betul ke apa yang saya buat?

Tak semua perkara saya harus kongsi dengan orang lain walaupun rakan baik saya sendiri. Tapi semua orang kata, apa guna ada rakan kalau tak boleh kongsi suka dan duka bersama. Tapi kadang-kadang saya memerlukan sedikit ruang dan masa untuk diri saya sendiri. Saya suka menyendiri.

Apabila saya sedih, saya tak perlu tunjukkan kesedihan yang saya rasa dan alami. Sebab itulah sesetengah orang menggunakan diari untuk mengungkapkan isi hati yang mereka tanggung selama ini.

Bagi saya blog adalah tempat saya mengungkap segalanya. Ada kalanya saya menangis, saya gembira, sedih dan macam-macam perasaan yang saya rasa, yang tak boleh saya luahkan pada rakan dan orang lain, saya akan luahkan kepada blog. Orang tak kenal dengan mendalam siapa saya. Orang tak tahu sejarah silam saya. Jadi, orang akan bagi pendapat, tanpa mengenali saya.

Bukankah bagus, jika hidup di dunia ini, seperti blog. Sesiapa sahaja yang saya kenali atau tidak, akan menolong apa yang termampu, tanpa memikirkan siapa saya.

2 comments:

  1. hey,i don't know you,but i like what you wrote...tak semua bnda kita kena kongsi dgn dunia...kadg2 kita simpan untuk diri sendiri...kita lebi kurg sma blog macm kawan baik pula kan..hehe

    ReplyDelete
  2. hye razzy :) nice blog..

    ReplyDelete