Thursday, December 3, 2009

Ada kalanya kita lupa.

Kesusahan hidup orang lain membuatkan saya lebih mengerti akan erti hidup ini. Baru saya mengerti akan mengapa hidup tidak selalunya senang dan tidak mudah untuk di susuri. Saya mengerti kini segala dugaan hidup punya erti tersendiri, punya maksud dan saya kini mengerti hidup bukan hanya untuk bergembira.

Hidup ini juga sedih dan pelbagai dugaan yang harus kita lalui. Saya sering terlupa akan erti hidup, erti hidup yang sebenar. Dugaan yang saya lalui membuat saya lebih dewasa dan lebih kuat untuk mengharungi masa depan yang masih jauh.

Gelap mahupun cerah itu adalah realitinya. Hidup bukan hanya untuk bergembira.

No comments:

Post a Comment